JANGKITAN KETUAT

Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus. Virus-virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Tahukah anda bahawa ketuat juga boleh muncul di alat kelamin juga. Bukan itu sahaja, virus yang menyebabkan ketuat biasanya berjangkit melalui sentuhan fizikal dengan penghidap ketuat atau dari objek yang telah tercemar.

Walaupun ketuat secara amnya tidak berbahaya, hakikatnya ia boleh mengganggu penampilan, berasa tidak selamat, dan berjangkit.

Gejala yang dapat dikenal pasti seseorang mempunyai ketuat

  • Terdapat bonjolan pada kulit yang bersaiz dari kecil hingga besar.
  • Ditabur bintik-bintik hitam iaitu salur darah yang kecil berketul-ketul.
  • Warna benjolan boleh berbeza daripada ton kulit, putih, merah jambu atau keperangan.
  • Benjolan ketuat biasanya terasa kasar apabila disentuh.

Jenis ketuat

Ketuat masih perlu diperhatikan dan tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memberi kesan negatif yang lebih besar.Dengan mengetahui jenis ketuat yang ada pada badan, ia akan lebih mudah untuk merawatnya.

1. Ketuat biasa

Ketuat ini adalah jenis ketuat yang paling biasa dan biasanya tumbuh di tangan. Ianya kecil, keras, dan kasar.

Ketuat biasa dikategorikan sebagai masalah kulit yang biasa dan selalunya berbentuk seperti kubis bunga kecil dan kasar. Tambahan itu, ia paling sering dijumpai di jari dan belakang tangan, terutama di sekitar kuku serta kaki.

Kadangkala ia juga mempunyai bintik-bintik hitam kecil yang menyerupai biji halus akibat saluran darah kecil yang mengandungi darah beku.

Ketuat biasa juga mungkin muncul di kawasan kulit yang mempunyai luka kecil, seperti di sekitar kuku akibat tabiat menggigit kuku. Sekiranya anda mempunyai virus tersebut di tangan, jangkitannya juga mudah untuk berpindah ke bahagian wajah.

2. Ketuat filiform

Ketuat ini biasanya tumbuh di sekitar mulut, hidung dan kawasan janggut. Ketuat ini biasanya sering tumbuh dengan kadar yang cepat dan mempunyai penampilan yang lebih tajam mencacak.

Oleh sebab itu, kutil jenis ini dapat membuat seseorang berasa rendah diri akibat penampilannya yang menonjol, tetapi ia biasanya tidak menyakitkan.Ia mungkin berwarna coklat, kuning, merah jambu, atau berwarna daging.

Elakkan daripada menyentuh kutil ini dan dapatkan rawatan dengan kadar segera agar ia tidak dapat ‘berpindah’ ke bahagian badan yang lain.

3. Ketuat plantar

Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki, biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit, dan merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.

Sekiranya ketuat pada kaki ini muncul dalam kelompok, mereka disebut kutil mosaik yang bersifat keras, tebal, dan leper. Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil yang biasa.

Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

Bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti, pilih kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila anda pergi ke tempat yang basah seperti kolam renang, bilik persalinan dan sebagainya.

4. Ketuat kelamin (alat sulit)

Ketuat kelamin disebarkan melalui aktiviti hubungan seksual dengan seseorang yang sudah memilikinya.

Ini kerana ia disebabkan oleh human papillomavirus (HPV) dan berpotensi untuk terbentuk di bahagian luar alat kelamin. Ketuat kelamin turut kelihatan seperti benjolan berwarna daging yang mempunyai penampilan seperti kubis kecil.

Pun begitu, ia juga berisiko untuk berlaku akibat jangkitan HPV walaupun ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar.

Jangkitan HPV bukan sahaja menyebabkan masalah kutil, ia juga berpotensi menyebabkan kanser yang disebarkan melalui hubungan seksual seperti seks anal dan oral.

5. Ketuat rata

Ketuat ini lebih kecil dan rata dan biasanya boleh tumbuh di muka, kaki dan lengan.

Ketuat rata bersaiz lebih kecil daripada kutil jenis yang lain, tetapi cenderung untuk berlaku dalam jumlah yang banyak.Ini kerana, kutil jenis leper boleh tumbuh sebanyak 20 sehingga 100 ketuat dalam satu masa.

Di samping itu, para wanita mungkin berisiko untuk mengalaminya pada bahagian kaki. Manakala, ketuat ini pada kaum lelaki lebih cenderung terbentuk di kawasan berjanggut. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga boleh menderita ketuat jenis ini.

Ketuat rata adalah unik berbanding dengan jenis ketuat yang lain kerana bentuknya yang leper.

Langkah-langkah pencegahan masalah ketuat/kulit

  1. Tidak menyentuh ketuat orang lain
  2. Tidak menggunakan tuala, kain lap atau barang peribadi orang lain
  3. Tidak berkongsi kasut dan stoking dengan orang lain
  4. Tidak menggaru kutil tersebut, kerana boleh menyebabkannya untuk lebih merebak
  5. Tutup kutil dengan penutup kalis air ketika berenang, dan sarung tangan di tempat lain, misalnya di gimnasium
  6. Jangan menyikat, mencukur, atau menggunting rambut serta bulu di kawasan yang mempunyai ketuat
  7. Semasa memotong kuku, jangan gunakan perkakas yang sama pada kuku yang dijangkiti dengan kuku yang sihat
  8. Pastikan tangan sentiasa kering
  9. Basuh tangan dengan bersih selepas menyentuhnya

0 responses to “Ketuat di kulit”

Leave a Reply

Your email address will not be published.