Perkhidmatan Farmasi Narisa

Farmasi Narisa menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai ubat-ubatan anda di Farmasi Narisa.

 

Peringatan:

Sewaktu mendapatkan bekalan ubat di farmasi, pelanggan perlu mengetahui secara amnya, ubat dibahagi kepada ubat terkawal dan ubat am. Ubat terkawal pula dibahagi kepada dua kategori, iaitu ubat terkawal dengan preskripsi dan ubat terkawal tanpa preskripsi.

 

Ubat terkawal dengan preskripsi hanya boleh dibeli sekiranya ada preskripsi atau slip ubat daripada doktor. Contohnya ubat untuk tekanan darah tinggi dan antibiotik.

 

Ubat terkawal tanpa preskripsi pula boleh diperoleh daripada ahli farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor. Contoh ubat krim, ubat batuk dan sesetengah jenis ubat selesema.

 

Sebarang pertanyaan dan info lanjut boleh hubungi kami melalui panggilan telefon atau Laman Rasmi Facebook Klinik Narisa.