Narisa Empire Sdn. Bhd. merupakan syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada SEPTEMBER 2018 bertempat di alamat di No 46, Tingkat 1, Jalan Genuang Kampong, Pusat Komersial Abdullah, 85000 Segamat, Johor DT.

Narisa Empire Sdn. Bhd. merupakan peneraju kepada jenama “NARISA COSMETICS”. Narisa Cosmetics telah memperkenalkan produk kecantikan Narisa Brightening Emulsion (NBE) yang mula mendapat tempat di kalangan wanita seluruh Malaysia.

Narisa Empire Sdn. Bhd. mengharapkan galakan dan sokongan dari semua pihak agar kami dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat dan kemajuan bisnes bumiputera.

Encik Mohammad Nazri Ali dan Dr Ezzah Nafisah Arpan merupakan Pengarah Urusan dan Founder kepada Narisa Empire Sdn Bhd dan telah menceburi bidang keusahawanan sejak 7 tahun lepas.

 

Bermula dengan menjadi seorang ‘dropship’ untuk beberapa produk kecantikan,  beliau mula mengembangkan potensi kerjaya dan menubuhkan Narisa Empire Sdn. Bhd.

Tujuan utama beliau menubuhkan syarikat ini adalah untuk membuka peluang kerjaya kepada masyarakat setempat terutamanya warga Segamat dan meningkatkan ekonomi bumiputera.

Bercerita tentang pasangan beliau, Dr Ezzah Nafisah Arpan, merupakan seorang Pengamal Perubatan di Klinik Sihat, Segamat. Sebagai seorang doktor, beliau amat menitik beratkan tentang keselamatan kandungan bahan di dalam produk keluaran syarikat Narisa Empire Sdn. Bhd.

Laman Sosial