VAKSIN HAJI DAN UMRAH

Vaksin Meningokokal (Meningococcal)

Vaksin meningokokal merujuk kepada mana-mana vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan oleh Neisseria meningitidis . Versi berbeza berkesan terhadap beberapa atau semua jenis meningokokus berikut: A, B, C, W-135, dan Y.  Vaksin adalah antara 85 dan 100% berkesan untuk sekurang-kurangnya dua tahun.  Mereka mengakibatkan penurunan meningitis dan sepsis di kalangan populasi di mana ia digunakan secara meluas. Mereka diberikan sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau hanya di bawah kulit . 

Penyakit Meningitis (Meningococcal)

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat meningitis.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala

5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah
  • Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • Ruam pada badan
  • Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)
  • Sawan
  • Tidak sedarkan diri

Komplikasi

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Rawatan

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Pencegahan

  • Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
  • Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yangmengerjakan haji dan umrah
  • Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
  • Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
  • Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta

Sumber:http://www.myhealth.gov.my/

IMUNISASI SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN SEBELUM KE TANAH SUCI

Dapatkan suntikan vaksin di Klinik Narisa di Segamat Johor dengan harga berpatutan. Hubungi nombor telefon yang tertera.

Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135).

  • Imunisasi ini diperlukan untuk semua bakal jemaah haji – seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Arab Saudi
  • Ia mesti diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum penerbangan ke Tanah Suci
  • Vaksin memberikan imuniti kepada badan selama dua (2) tahun
  • Ia boleh didapati secara percuma dari mana-mana klinik dan hospital kerajaan (rujuk pejabat TH berhampiran )

Imunisasi Tambahan (ditanggung sendiri oleh bakal jemaah haji)

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan bakal jemaah haji mengambil imunisasi tambahan bagi menguatkan sistem imunisasi badan:

Vaksin Influenza

  • Vaksin ini sebaiknya diambil sebulan sebelum penerbangan ke Tanah Suci
  • Ia selamat untuk diambil kecuali bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap telur
  • Bagi bakal jemaah haji yang berumur 50 tahun ke atas, atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, kencing manis, penyakit paru-paru atau buah pinggang dan endokrin digalakkan mengambil vaksin ini
  • Untuk mengekalkan imuniti badan selama 1 tahun.

Vaksin Pneumokokal

  • Bagi bakal jemaah haji yang berumur 50 tahun ke atas, atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, kencing manis, penyakit paru-paru atau buah pinggang dan endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini
  • Vaksin ini boleh mencegah jangkitan paru-paru akut yang disebabkan oleh bakteria. Jangkitan paru-paru adalah biasa di kalangan kanak-kanak dan orang tua di Tanah Suci
  • Untuk mengekalkan imuniti badan selama 5 tahun. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.