UBAT BATUK & SELESEMA YANG BUKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN

Ramai di kalangan ibu bapa mahupun orang dewasa masih lagi tidak mengetahui bahawa ubat batuk dan selsema tidak sesuai dan tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ibu bapa haruslah peka dan tahu beberapa istilah ubat batuk agar risiko berbahaya dapat dielakkan serta tidak mendatangkan kemudaratan terhadap anak tercinta.

Kenapa tidak boleh beri anak makan ubat batuk budak?

Apabila anda memberikan ubat batuk kanak kanak kepada si manja, anda perlu tahu bahawa ubat tersebut mungkin boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebagai contoh, ubat batuk si kecil yang mengandungi dextromethorphan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pening kepala, mengantuk, mual dan muntah.

Ubat yang dibeli di farmasi tanpa sebarang preskripsi juga boleh memudaratkan si kecil jika:

  1. Ubat tersebut diambil dengan dos yang berlebihan
  2. Ubat batuk kanak kanak diambil terlalu kerap
  3. Menggunakan lebih daripada satu ubat dengan bahan yang sama

Selain itu, jangan berikan anak anda ubat yang dirumus khas untuk orang dewasa! Ubat untuk orang dewasa mempunyai dos yang lebih tinggi dan bahaya jika diambil oleh kanak-kanak.

Kebanyakan ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran tidak diuji keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Oleh itu, keberkesanan ubat-ubat ini terhadap kanak-kanak tidak dapat dipastikan oleh doktor.

Oleh yang demikian, ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun digalakkan untuk segera membawa anak mereka yang demam berjumpa dengan doktor.

Untuk penggunaan ubat yang lebih selamat, pastikan ibu bapa mengamalkan langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan konsultasi dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
  2. Jangan gunakan lebihan ubat yang terdapat di rumah. Jika ada, buang ubat tersebut dan jangan simpan terlalu lama.
  3. Jangan berikan anak anda ubat milik orang lain.
  4. Jangan berikan anak anda ubat untuk orang dewasa.
  5. Periksa ubat yang anda beli di farmasi. Jangan membeli ubat yang telah terdedah atau tercemar.

Pastikan anda memeriksa tarikh luput ubat tersebut sebelum membeli.

Tips Penggunaaan Persediaan Ubat Batuk dan Selsema Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa

Terdapat beberapa tips yang boleh digunapakai oleh ibu bapa dan penjaga sebagai panduan untuk menguruskan kanak-kanak yang menghidap batuk dan selsema antaranya ialah:

  1. Jangan berikan produk orang dewasa kepada kanak-kanak. Persediaan untuk orang dewasa adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak.
  2. Bertanya dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya terdapat pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang ambil.
  3. Pilihlah produk ubat batuk yang dilengkapi penutup keselamatan untuk kanak-kanak jika perlu atau sentiasa pastikan penutup botol ubat ditutup dengan ketat.
  4. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak.
  5. Periksa label dan pastikan anda mengetahui bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Baca maklumat ubat yang biasanya terdapat pada sisipan produk. Ini dapat membantu anda mengetahui simptom – simptom yang dapat dikawal oleh bahan aktif tersebut. Produk ubat batuk dan selsema biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau bahan penahan sakit.
  6. Berhati – hati apabila memberi anak anda/kanak-kanak lebih dari satu jenis produk ubat batuk dan selsema. Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan aktif yang sama kerana ini mungkin menyebabkan anak anda/kanak-kanak menerima dos ubat yang berlebihan.
  7. Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam sisipan produk. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang dos dan kekerapan pengambilan produk tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat batuk dan selsema ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.
  8. Gunakan alat penyukat yang disertakan bersama bungkusan produk dan elakkan penggunaan sudu kegunaan dapur memandangkan sudu ini biasanya memberikan sukatan yang berbeza – beza. Sekiranya alat penyukat tidak disertakan, anda boleh mendapatkan picagari dari kedai farmasi.
  9. Anda perlu faham bahawa penggunaan produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah hanya bertujuan untuk mengawal simptom seperti hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ini tidak merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.
  10. Adalah normal bagi kanak – kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.
  11. Batuk dan selsema boleh menjadi simptom kepada penyakit – penyakit lain, oleh yang demikian segera dapatkan nasihat doktor sekiranya tiada perubahan berlaku kepada anak anda/kanak – kanak ataupun tahap kesihatan mereka menurun.

SUMBER:

http://www.myhealth.gov.my/ubat-batuk-selesema-untuk-kanak-kanak/

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/saluran-pernafasan-anak/ubat-batuk-anak/

Leave a Reply

Your email address will not be published.