SUNTIKAN TYPHOID

Demam enterik, demam tifoid dan demam paratifoid

Demam enterik adalah berpunca dari jangkitan kuman Salmonella typhi (S. typhi) atau
Salmonella paratyphi (S. paratyphi). Demam tifoid adalah sejenis penyakit sistemik disebabkan oleh bakteria S. typhi. Demam paratifoid pula disebabkan oleh S. paratyphi. Demam S. paratyphi mempunyai manifestasi klinikal yang hampir sama dengan demam tifoid tetapi lebih ringan. Istilah S. typhi dan S. paratyphi akan digunakan dalam garispanduan ini.
Gejala-gejala demam tifoid adalah pelbagai dan tidak begitu spesifik. Pada peringkat
awal gejala demam tifoid ialah demam panas yang berpanjangan, sakit kepala,
keletihan (malaise) dan kurang selera makan. Pesakit juga boleh mengalami gejala
usus seperti cirit-birit atau sembelit.

Tanda-tanda demam tifoid:

  • suhu badan melebihi 38°C,
  • kadar degupan jantung yang kurang secara relatif (relative bradycardia)
  • pembengkakan limpa dan hati
  • ruam merah (“rose spot”) di bahagian dada
  • abdomen dan belakang
  • jangkitan salur pernafasan (bronchitis dan pneumonia)

Tanpa rawatan segera, 10% daripada pesakit tifoid akan mengalami komplikasi yang serius seperti colitis atau usus bocor (perforation). Pesakit juga akan mengalami sakit pada bahagian abdomen (tenderness) dan najis berdarah. Di antara komplikasi serius yang lain yang mungkin terjadi ialah meningitis, psikosis, myocarditis, disseminated intravascular coagulation (DIVC), hemolytic uremic syndrome, shock dan koma. Kadar kematian kes adalah tinggi sehingga mencapai 10 – 20% jika pesakit tidak menerima rawatan yang sewajarnya tetapi dengan adanya rawatan antibiotik kadar kematian kes boleh dikurangkan sehingga kurang daripada 1%. Peratus relapse bagi jangkitan ini adalah di antara 15-20%. Biasanya kes relapse ini
menunjukkan gejala yang lebih ringan. Peratus kes yang menjadi pembawa pula adalah
lebih kurang 1-5%.

Vaksin typhoid

Apa itu suntikan typhoid? Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit typhoid atau tifoid. Suntikan ini boleh didapati di klinik atau hospital kerajaan dan swasta di Malaysia. Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi. Penggunaan vaksin ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.

Siapakah Yang Perlu Mengambil Suntikan Typhoid ?

Pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mempraktikkannya di tempat kerja. Kursus ini adalah antara inisiatif murni pihak kerajaan dalam usaha mencegah sebarang penyakit berjangkit yang mampu merebak melalui makanan atau minuman. Usaha ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain seperti kolera dan keracunan makanan. Mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah. Selain itu, pengendali makanan juga wajib mendapatkan suntikan tifoid. Selain suntikan, ubat makan juga turut terdapat di dalam negara sebagai alternatif kepada pengendali dan pengusaha kedai makan atau premis makanan.

Sekiranya anda merupakan pengusaha premis makanan atau pengendali dalam industri makanan, tentu anda tertanya-tanya mengenai harga suntikan typhoid ataupun suntikan vaksin. Harga suntikan typhoid adalah berpatutan dan senarai klinik yang menyediakan suntikan typhoid boleh diketahui secara atas talian. Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tifoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti. Penguatkuasa berhak meminta untuk melihat sijil ini untuk memastikan makanan yang disediakan di premis tersebut adalah selamat.

Vaksin typhoid perlu diambil oleh pengendali makanan sebelum mereka mula bertugas atau mula mengendalikan makanan. Suntikan ini perlu diambil setiap tiga tahun sekali, selagi mana mereka terlibat dalam sektor pengendalian makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.