SOALAN LAZIM
Narisa Brightening Emulsion (NBE) ni mesra wuduk ke?
NBE ini produk yang mesra solat, tetap perlu dicuci sebelum ambik wuduk. NBE boleh ditanggalkan dengan mudah, hanya menggunakan tisu basah.
Perlukah menggunakan ‘Sunblock’ selepas menggunakan NBE?
Tak perlu pakai ‘Sunblock’. NBE dilengkapi dengan SPF45. Sesuai untuk melindungi kulit wajah kita. Tak perlu beli ‘sunblock’ lain, lebih jimat dengan guna NBE sahaja.
Bolehkah NBE digunakan dengan produk penjagaan kulit muka yang lain?
Boleh. Penggunaan produk penjagaan kulit muka lain tidak memberi kesan terhadap penggunaan NBE.
Perlukah menggunakan bedak lepas menggunakan NBE? Boleh campur dengan bedak muka?
Tiada larangan untuk menggunakan bedak, walaubagaimanapun NBE sudah mampu membuatkan wajah nampak lebih glowing dan berseri.
Bolehkah menggunakan serum/essence sebelum menggunakan NBE ni?
Semestinya boleh. Memang digalakkan menggunakan serum/essence. Serum/essence sememangnya bagus untuk penjagaan kulit wajah. Jika tiada serum/essence, NBE tetap memberi kesan yang baik pada wajah kerana NBE juga berfungsi untuk menjaga kulit wajah kita.
Adakah NBE sesuai digunakan untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan?
Ya, NBE ini sesuai digunakanoleh semua peringkat umur, lelaki dan perempuan serta boleh digunakan pada wajah dan badan. Kandungan NBE selamat digunakan, mampu membantu masalah kulit wajah dan tidak merosakkan kulit kita.
Adakah NBE sesuai untuk semua jenis kulit?
Ya, NBE ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit (berminyak, sensitif dan kulit kering).
Untuk kegunaan harian, berapa lama satu tiub NBE boleh bertahan?
Sebulan lebih hingga dua bulan. Kandungan satu tiub NBE ialah 15ml. Jika digunakan hanya bila perlu, boleh bertahan sehingga 3 bulan.
Bilakah NBE ini perlu dipakai? Siang atau malam?
Cara pemakaian siang:
-
Calitkan pada wajah (dibahagian dahi, hidung, pipi dan dagu).
-
Ratakan krim NBE menggunakan jari.
-
Urutkan wajah dari bawah keatas mengikut urutan bulat.
Cara pemakaian sebelum tidur:
-
Cuci muka seperti biasa terlebih dahulu mengunakan sebarang produk pencuci muka.
-
Keringkan wajah mengunakan tuala yang bersih.
-
Calitkan NBE pada kulit wajah (tak perlu banyak) dan sapukan nipis pada wajah.
![]()